Monday, July 8, 2024

  Pu3HomeStay Kedah - 017-5949346

Pu3HomeStay Kedah yang terletak di Yan, Kedah menawarkan perkhidmatan HomeStay kepada keluarga muslim (Khasnya) dengan kadar sewaan yang berpatutan. Lokasi Homestay ini terletak berdekatan jalan utama yang menghubungkan pekan Yan ke Sungai Petani, Alor Setar, Tanjung Dawai, Merbok dan Gurun. Kedudukannya juga adalah kawasan sawah padi yang dapat melihat keindahan Gunung Jerai dari pandangan barat (matahari terbenam).

Pu3HomeStay Kedah
No. 80 Taman Nusantara
06900 Yan, Kedah

RM 250/Malam

Bank Islam: 12289022485064 (Nursyuhada Idrus)

Pembayaran Deposit 50% @ RM 100 diperlukan untuk pengesahan tempahan. Tempahan tanpa deposit tidak akan dilayan.


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||






Bilik Tidur Utama
=================
Bilik tidur utama ini mempunyai 1 set katil queen, almari baju, ampaian sejadah dan meja solek untuk diletakan peralatan pengguhi. ianya dilengkapi dengan penghawa dingin juga remote ceiling fan. bilik ini mempunyai tandas di dalam. 





 




Bilik Tidur Kedua
=================
Bilik tidur kedua ini mempunyai 1 set katil queen, 1 katil single, meja solek dan almari baju untuk diletakkan peralatan pengguni. Bilik ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin serta remote ceiling fan








Bilik Tidur Ketiga
=================
Bilik tidur ketiga ini mempunyai 1 set katil queen, meja solek dan penyangkut baju, bilik ini juga dilengkapi dengan remote ceiling fan dan peralatan menggosok baju.






 



Ruangan Tamu
=================
Ruangan ini mempunyai remote ceiling fan, sofa 3+2+1, coffie table, tv 42", mytv decoder dan kerusi kayu. Tv ini juga dapat menonton youtube dan siaran netflix (menggunakan akaun sendiri) dan applikasi yang disokong oleh android. Ruangan yang selesa untuk bersantai sambil menikmati siaran mytv/youtube/netflix sedia ada. 











Ruangan Dapur
=================
Ruangan ini mempunyai remote ceiling fan, meja makan yang muat untuk 6 orang dewasa. Juga dilengkapi dengan peralatan memasak seperti rice cooker, pemanas air, water purifier, dapur, kitchen cooker hood, periuk, pinggan, mangkuk dan sebagainya.




          


Peralatan tambahan
=================
Penghuni juga dapat mengakses capaian internet berkelajuan tinggi dengan username dan password yang diberikan oleh kami. Peralatan tambahan lain yang disediakan di homestay ini adalah seperti peti sejuk, mesin basuh, penyidai pakaian, sejadah, iron serta iron board. Homestay ini juga dipasangkan grill bagi setiap pintu dan tingkap demi keselamatan pengguna. Setiap tingkap juga dipasangkan net bagi mengelakkan serangga luar daripada memasuki kawasan dalam rumah. Demi keselamatan homestay ini juga dilengkapi dengan pengawasan CCTV (luar sahaja). 

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

No comments:

Post a Comment

   Pu3HomeStay Kedah - 017-5949346 Pu3HomeStay Kedah yang terletak di Yan, Kedah menawarkan perkhidmatan HomeStay kepada keluarga muslim (Kh...