Berikut merupakan terma dan syarat
yang wajib dipatuhi oleh setiap penghuni ke Pu3HomeStay:
1. MASA CHECK IN & CHECK OUT
a. Masa Check In jam 3 petang.
b. Masa Check Out jam 12 tengahari.
c. Pelanggan dikehendaki mengisi butiran ringkas yang diberikan oleh kami untuk digunakan bagi menjana Resit dan juga pemulangan Deposit.
2. BOOKING/TEMPAHAN
a. Kami
mengamalkan konsep “First Come, First Serve”.
b. Pelanggan
dikehendaki membuat bayaran deposit RM 100 bagi mengesahkan tempahan
anda. Setelah pelanggan berjaya
mendepositkan bayaran tersebut, barulah pemilik homestay mengesahkan tempahan
berjaya dibuat mengikut tarikh yang dimohon. Bayaran deposit adalah per sekali
menginap.
c. Bayaran
hendaklah dibuat secara online banking sepertimana no akaun yang
diberikan oleh kami.
d. Pelanggan
hendaklah menyelesaikan bayaran penuh 1 hari sebelum Check In. Bayaran
penuh bermaksud jumlah cas yang dikenakan “Per Night” ditambahkan dengan
deposit (RM 100).
e. Bayaran
deposit ini akan dipulangkan setelah pelanggan meninggalkan homestay dan wakil kami
membuat pemeriksaan ke atas harta benda yang ditinggalkan. Pemulangan deposit
akan dilakukan selewat-lewatnya 24 jam setelah pelanggan Check Out.
f. Mohon
maklumkan kepada kami dengan kadar segera sekiranya ingin membuat pembatalan tempahan
supaya memberi masa kepada kami untuk membuka tempahan kepada pelanggan lain.
g. “Deposit tidak akan
dikembalikan” sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan terlalu lewat
iaitu 2 hari sebelum Check In. Walau bagaimanapun, deposit ini akan
dikembalikan kepada pelanggan sekiranya ada pelanggan lain ingin menginap pada
tarikh tersebut.
h. Sekiranya
berlaku penyalahgunaan atau kecuaian pelanggan yang mengakibatkan kerosakan harta
benda homestay ini melebihi dari jumlah deposit, harga penuh harta benda yang
rosak atau kadar penyelenggaraan penuh akan dicajkan kepada pelanggan.
contoh:
TV pecah hingga tidak dapat dibaiki, bilik air tersumbat disebabkan pelanggan
membuang tuala wanita ke dalam jamban, tidak menutup suis lampu/kipas/aircond
ketika meninggalkan homestay, kehilangan kunci dan sebagainya)
3. SYARAT-SYARAT
AM
a. Pelanggan
dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah.
b. Pelanggan
dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
c. Pelanggan
dilarang membawa haiwan peliharaan.
d. Pelanggan
dilarang membawa masuk barangan tidak halal seperti arak, khinzir dan
sebagainya seperti yang dilarang di dalam agama Islam.
e. Pelanggan
dilarang berkhalwat dengan pasangan bukan muhrim, terlibat dengan kegiatan
maksiat dan tidak bermoral, berjudi dan sebagainya.
f. Pelanggan
muslim dan muhrim sahaja yang dibenarkan menginap di homestay ini.
g. Sekiranya
tempahan diterima daripada seorang muslim tetapi penginap homestay adalah bukan
muslim, pihak kami berhak membatalkan tempahan tersebut pada bila-bila masa. Hal
ini boleh menyebabkan deposit pelanggan tersebut tidak dipulangkan.
h. Pelanggan dikehendaki menjaga peralatan di
dalam dan luar homestay dengan baik.
i. Segala
peralatan elektrik hendaklah ditutup sekiranya pelanggan meninggalkan homestay
(kecuali peti sejuk/water dispenser)
j. Tidak
dibenarkan membuka pili air dan membiarkannya secara pembaziran sehingga boleh
menyebabkan kerugian kepada pemilik homestay.
k. Bilik air: Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
l. Tidak dibenarkan mememtik @ mengganggu @ membuat sebarang perbuatan yang memberi kesan kepada hasil tanaman di sekitar rumah (kecuali dengan kebenaran pemilik homestay).
m. Dilarang
mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan
akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
n. Menggunakan
kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah. Tutup lampu, kipas dan aircond
jika tidak digunakan.
o. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising yang boleh menggagu ketenteraman jiran.
p. Jangan
tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan
pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda
meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak kami tidak akan
bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa
anda menginap di sini.
q. Meletakkan
kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan
kemarahan jiran-jiran.
r. Tidak dibenarkan merokok dalam rumah.
s. Laporkan
sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Deposit anda mungkin
dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang
berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
t. Jika
anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun
kembali di tempat asal sebelum anda Check Out.
u. Pihak
pengurusan homestay boleh mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa
tanpa makluman awal.
v. Setiap
pelanggan dianggap telah maklum dan jelas memahami Terma dan Syarat kami apabila
membuat bayaran deposit.
Terima kasih di atas kerjasama anda.
No comments:
Post a Comment