Monday, July 8, 2024

  Pu3HomeStay Kedah - 017-5949346

Pu3HomeStay Kedah yang terletak di Yan, Kedah menawarkan perkhidmatan HomeStay kepada keluarga muslim (Khasnya) dengan kadar sewaan yang berpatutan. Lokasi Homestay ini terletak berdekatan jalan utama yang menghubungkan pekan Yan ke Sungai Petani, Alor Setar, Tanjung Dawai, Merbok dan Gurun. Kedudukannya juga adalah kawasan sawah padi yang dapat melihat keindahan Gunung Jerai dari pandangan barat (matahari terbenam).

Pu3HomeStay Kedah
No. 80 Taman Nusantara
06900 Yan, Kedah

RM 250/Malam

Bank Islam: 12289022485064 (Nursyuhada Idrus)

Pembayaran Deposit 50% @ RM 100 diperlukan untuk pengesahan tempahan. Tempahan tanpa deposit tidak akan dilayan.


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||






Bilik Tidur Utama
=================
Bilik tidur utama ini mempunyai 1 set katil queen, almari baju, ampaian sejadah dan meja solek untuk diletakan peralatan pengguhi. ianya dilengkapi dengan penghawa dingin juga remote ceiling fan. bilik ini mempunyai tandas di dalam. 





 




Bilik Tidur Kedua
=================
Bilik tidur kedua ini mempunyai 1 set katil queen, 1 katil single, meja solek dan almari baju untuk diletakkan peralatan pengguni. Bilik ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin serta remote ceiling fan








Bilik Tidur Ketiga
=================
Bilik tidur ketiga ini mempunyai 1 set katil queen, meja solek dan penyangkut baju, bilik ini juga dilengkapi dengan remote ceiling fan dan peralatan menggosok baju.






 



Ruangan Tamu
=================
Ruangan ini mempunyai remote ceiling fan, sofa 3+2+1, coffie table, tv 42", mytv decoder dan kerusi kayu. Tv ini juga dapat menonton youtube dan siaran netflix (menggunakan akaun sendiri) dan applikasi yang disokong oleh android. Ruangan yang selesa untuk bersantai sambil menikmati siaran mytv/youtube/netflix sedia ada. 











Ruangan Dapur
=================
Ruangan ini mempunyai remote ceiling fan, meja makan yang muat untuk 6 orang dewasa. Juga dilengkapi dengan peralatan memasak seperti rice cooker, pemanas air, water purifier, dapur, kitchen cooker hood, periuk, pinggan, mangkuk dan sebagainya.




          


Peralatan tambahan
=================
Penghuni juga dapat mengakses capaian internet berkelajuan tinggi dengan username dan password yang diberikan oleh kami. Peralatan tambahan lain yang disediakan di homestay ini adalah seperti peti sejuk, mesin basuh, penyidai pakaian, sejadah, iron serta iron board. Homestay ini juga dipasangkan grill bagi setiap pintu dan tingkap demi keselamatan pengguna. Setiap tingkap juga dipasangkan net bagi mengelakkan serangga luar daripada memasuki kawasan dalam rumah. Demi keselamatan homestay ini juga dilengkapi dengan pengawasan CCTV (luar sahaja). 

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Berikut merupakan terma dan syarat yang wajib dipatuhi oleh setiap penghuni ke Pu3HomeStay:

 

1.         MASA CHECK IN & CHECK OUT

a. Masa Check In jam 3 petang.

b. Masa Check Out jam 12 tengahari.

c. Pelanggan dikehendaki mengisi butiran ringkas yang diberikan oleh kami untuk digunakan bagi menjana Resit dan juga pemulangan Deposit.

 

2.         BOOKING/TEMPAHAN

a. Kami mengamalkan konsep “First Come, First Serve”.

b. Pelanggan dikehendaki membuat bayaran deposit RM 100 bagi mengesahkan tempahan anda.  Setelah pelanggan berjaya mendepositkan bayaran tersebut, barulah pemilik homestay mengesahkan tempahan berjaya dibuat mengikut tarikh yang dimohon. Bayaran deposit adalah per sekali menginap.

c. Bayaran hendaklah dibuat secara online banking sepertimana no akaun yang diberikan oleh kami.

d. Pelanggan hendaklah menyelesaikan bayaran penuh 1 hari sebelum Check In. Bayaran penuh bermaksud jumlah cas yang dikenakan “Per Night” ditambahkan dengan deposit (RM 100).

e. Bayaran deposit ini akan dipulangkan setelah pelanggan meninggalkan homestay dan wakil kami membuat pemeriksaan ke atas harta benda yang ditinggalkan. Pemulangan deposit akan dilakukan selewat-lewatnya 24 jam setelah pelanggan Check Out.

f. Mohon maklumkan kepada kami dengan kadar segera sekiranya ingin membuat pembatalan tempahan supaya memberi masa kepada kami untuk membuka tempahan kepada pelanggan lain.

g. “Deposit tidak akan dikembalikan” sekiranya pelanggan membuat pembatalan tempahan terlalu lewat iaitu 2 hari sebelum Check In. Walau bagaimanapun, deposit ini akan dikembalikan kepada pelanggan sekiranya ada pelanggan lain ingin menginap pada tarikh tersebut.

h. Sekiranya berlaku penyalahgunaan atau kecuaian pelanggan yang mengakibatkan kerosakan harta benda homestay ini melebihi dari jumlah deposit, harga penuh harta benda yang rosak atau kadar penyelenggaraan penuh akan dicajkan kepada pelanggan.

contoh: TV pecah hingga tidak dapat dibaiki, bilik air tersumbat disebabkan pelanggan membuang tuala wanita ke dalam jamban, tidak menutup suis lampu/kipas/aircond ketika meninggalkan homestay, kehilangan kunci dan sebagainya)

 

3.         SYARAT-SYARAT AM

a. Pelanggan dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah.

b. Pelanggan dikehendaki membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

c. Pelanggan dilarang membawa haiwan peliharaan.

d. Pelanggan dilarang membawa masuk barangan tidak halal seperti arak, khinzir dan sebagainya seperti yang dilarang di dalam agama Islam.

e. Pelanggan dilarang berkhalwat dengan pasangan bukan muhrim, terlibat dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral, berjudi dan sebagainya.

f. Pelanggan muslim dan muhrim sahaja yang dibenarkan menginap di homestay ini.

g. Sekiranya tempahan diterima daripada seorang muslim tetapi penginap homestay adalah bukan muslim, pihak kami berhak membatalkan tempahan tersebut pada bila-bila masa. Hal ini boleh menyebabkan deposit pelanggan tersebut tidak dipulangkan.

h. Pelanggan dikehendaki menjaga peralatan di dalam dan luar homestay dengan baik.

i. Segala peralatan elektrik hendaklah ditutup sekiranya pelanggan meninggalkan homestay (kecuali peti sejuk/water dispenser)

j. Tidak dibenarkan membuka pili air dan membiarkannya secara pembaziran sehingga boleh menyebabkan kerugian kepada pemilik homestay.

k. Bilik air: Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.

l. Tidak dibenarkan mememtik @ mengganggu @ membuat sebarang perbuatan yang memberi kesan kepada hasil tanaman di sekitar rumah (kecuali dengan kebenaran pemilik homestay).

m. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

n. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.

o. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising yang boleh menggagu ketenteraman jiran.

p. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.

q. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.

r. Tidak dibenarkan merokok dalam rumah.

s. Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Deposit anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.

t. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda Check Out.

u. Pihak pengurusan homestay boleh mengubah Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa tanpa makluman awal.

v. Setiap pelanggan dianggap telah maklum dan jelas memahami Terma dan Syarat kami apabila membuat bayaran deposit.

 

Terima kasih di atas kerjasama anda.

   Pu3HomeStay Kedah - 017-5949346 Pu3HomeStay Kedah yang terletak di Yan, Kedah menawarkan perkhidmatan HomeStay kepada keluarga muslim (Kh...